Wednesday, January 19, 2011

Orang Asli dan Saman Ekor.


Teringat pulak aku kisah orang asli kene tahan roadblock. Bagi mat rempit songsang arus klu ade roadblock kat depan biase beb. Tapi orang asli bukan mcm tu. Kental je. Ade lesen atau tak mereka tetap tempuh. Yang penting sampai destinasi dituju. 

Motor diorang jgn cakap. Lengkap semua segala. Kekeke. Kalau tanah merah 10 inci tebal kat tayar. Signal motor dah mcm telinga arnab. Terkulai layu. Sportrim depan lain belakang lain. Ini memang cara beb. Korang penah buat? Naik motor pulak kalau boleh nak bonceng 5 orang sekaligus dalam satu masa. Asal boleh je. Yang penting lepas ke pekan nak jual petai.

Tapi yg bagusnye diorang nih tak kacau pengguna jalan raya yg lain. Mat rempit yang lain menyusahkan. Setakat side mirror takde pon nak songsang. Gelabah ayam je klu ade roadblok kat depan. Takut kene urine test lah, takut kene saman lah. Seribu alasan diberikan. Yang penting selamat. Klu dapat lari dari roadblock mereka lah HERO MALAYA. 

AL-KISAH: Sampai kat satu selekoh tajam. Biase lah abang-abang polis kan. Roadblock mesti nak buat lepas pada selekoh tajam. Konon2 orang tak nampak. Kat sini memang ramai lah insan bertuah dapat surat 'tahniah' dari polis. Ade orang asli kene tahan.

POLIS: (dari jauh dah lambai tangan supaya
orang asli naik motor nih berhenti).

ORANG ASLI: (dengan muke selamba terus jalan dengan muatan 6 orang atas motor termasuk anak bini sambil lambai tangan isyarat tak boleh).

POLIS: Terkejut dan terus kejar orang asli tuh. "Kenapa awak tak berhenti masa saya tahan tadi"?

ORANG ASLI: Dengan penuh muka selamba badak menjawab. "Oh. Minta maaf lah Tok. Kalau Tok nak tumpang jugak motor nih memang da tak muat. Sebab dah penuh. Ini pon dah 6 orang." 


PESANAN: Wat De Hel saman ekor? Tak pasal-pasal nama aku naik kene saman ekor. Mana mungkin motor boleh kene speedtrap kat highway. Zalim sgt tuh! Aku kene saman atas no plate motor. Tapi check kat balai polis adalah motokar. Motokar adalah kereta ye. Sila check kat SINI kalau anda insan yang bertuah seperti saya. Kahkah.

No comments:

Post a Comment