Saturday, July 9, 2011

PELUDAH WARNA


Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

:: A Samad Said ::


Tuesday, July 5, 2011

Cita-Cita


Cuti pertengahan semester bagi murid-murid bagi sebuah sekolah yang berada di luar bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid kurang pintar dari kelas 2 Hikmah dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Kamaruzaman.

Seperti kebiasaan pada setiap awal kelas, Cikgu Kamaruzaman menaikkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka terlebih dahulu.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

 
Razak: Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Kamaruzaman:
Bagus, nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.
 
Abu: Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Kamaruzaman:
Lagi bagus, nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.
 
Cikgu!!! Sahut seorang murid bernama Nasir dari meja belakang. Selalu pelajar paling pintar memang mejanya di belakang sekali. Kah Kah.
 
Cikgu Kamaruzaman: Ye saya.
 
Nasir: Cita-cita diorang tak mencabar la cikgu. Cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia. Saya ingin menjadi orang pertama menjejakkan kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.


Cikgu Kamaruzaman: Saya rasa cita-cita awak tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak. Planet matahari tu kan panas. Terbakar la kaki awak tu nanti. Cuba tengok macam petang ni la, panaskan? Tapi ni jaraknya masih jauh.


Semua pelajar terpegun tengok Nasir.

 
Nasir: Ala, cikgu ni. Cikgu ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas. Tapi saya bercadang nak pergi malam. Malam kan sejuk. Macam malam semalam? Kan sejuk aje.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak riang.


Manaf: Cikgu! Saya nak jadi cikgu. Saya nak mengajar macam cikgu.

Cikgu Kamaruzaman: Ha! Bagus. Kalau awak nak naik darah tinggi cepat macam cikgu sekarang. Awak jadilah cikgu nanti ye.





PESANAN: Cita-cita aku nak jadi cikgu ke tak ek? Hahahaha.