Wednesday, April 27, 2011

Memang Pecah Kepala

Soalan Exam Ethics & Protocol siang tadi memang betul-betul menguji kejantanan aku. Pergh! Susah gile siot! Member sebelah boleh ushar jawapan aku. Padehal die kos lain kot. Ke die nak mintak tolong aku? Heh! Den sendiri pon tak terjawab nak tolong ekau pulak yo.

Dah la memang aku tak baca banyak. Soalan essay boleh ade 8 la pulak. Tak pernah dalam sejarah exam aku dapat soalan essay 8. Nak dapat A memang tak boleh la paper nih. Nak lulus tu InsyaAllah. Besok exam lagi. Lusa exam lagi. Tulat? Cuti la poit. Hari Sabtu Mat Bangla pon cuti.

Tuesday, April 26, 2011

Burung Kakak Tua

Satu hari, terlintas di kotak pemikiran Kamaruzaman nak bela burung kakak tua. Entah pasal ape pulak hobi baru itu menjadi keinginan beliau. Mungkin boleh menjadi peneman di kala sunyi. Beliau pon mula mengorak langkah menuju ke kedai burung. Tiba di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua sangat cantik. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satu lagi hanya diam saja. Kamaruzaman pon pelik jugak. Lalu ditanya kepada penjual burung:


Kamaruzaman: Berapa harga burung kakak tua ini?
 
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500. Tapi kalau yang diam itu RM 2000.
 
Kamaruzaman: Aik? Biar betol? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam?
 
Penjual: Haaa! Memang berbeza, yang berharga RM2000 itu ialah pencipta lagunya.  




PESANAN: Jangan kerap bermain dengan burung. Bahaya!


Monday, April 25, 2011

Rabak Lagi

SAMSUNG GALAXY S



iPHONE 4




HTC


Menatang di atas la akan merabakkan duit aku. Entah ape kejadahnya henpon Sony aku button nye rosak. Tapi? Wut da fish? Rosak button je pon. Takkan sampai nak tukar smartphone macam di atas? Kah kah kah. Anda sendiri tahu jawapannya kenapa.



Hangin

Takde ape aku nak merepek kali ni. Cume exam pagi tadi memang bikin aku hangin. Ape yang ditarget tak masuk. Yang masuk tu pulak time aku tak datang kelas. Cuti sakit 3 minggu. Now, Tawakal saja pada Allah. 


Sikit lagi nak mengamuk macam ni pagi tadi dalam dewan exam.

Sunday, April 24, 2011

Pecah Kepala

Idea takde der. Minggu ni straight aku exam. Isnin-Jumaat. Tak pernah lagi aku exam straight tiap-tiap hari kat USIM ni. Sem ni nak try. Ade syok ke tak syok. Kalau tak syok memang aku nak 'gegar' Canselori. Kasi buat jadual exam cantik sikit. Heh. 

By the way, mungkin ini post last aku dalam dua minggu nih. Harap doa dari kalian. Agar aku senantiasa beroleh kejayaan. Kemaafaan aku pinta jika ada salah silap.


Korang ingat aku macam ni ke? Sorry la beb.


Aku sikit lagi nak jadi macam mamat nih. Tensen beb!

Sunday, April 17, 2011

Wanita

Sekadar berkongsi pandangan dan juga peringatan. Atas sifat kasih sesama insan. Hanya untuk memberi teguran. Kepada yang memerlukan. Jangan sampai naik kaki dan tangan. Tapi cukuplah mulut yang jalan. Aku dah siap iklan kat bawah, tepi belah kanan. Pandai-pandai la korang pikirkan. Kalau tak takut pada azab Tuhan. Yang penting LINK ini ditujukan khas untuk makhluk Tuhan yang berjantina perempuan. Yang berkenaan sila ambil perhatian. Sekadar peringatan buat kalian. Terima kasih diucapkan.


PESANAN: Semoga Allah merahmati kalian. Doakan saya nak exam pada hujung bulan!

Wednesday, April 13, 2011

Tok Batin

Tok Batin baru membeli motorsikal jenis Honda 70. No plat 2 angka beb! Siap tempah! -TB 77-. TB merujuk kepada singkatan Tok Batin (TB 77). Yang 77 tu baru otai katenye. No keramat.
On the way pulang ke rumah terserempak pula dengan kawannya. Oleh sebab baik hati dan mahu lembutkan absorber yang baru. Tok Batin pon tumpangkan lah kawannya sekali. Dalam perjalanan pulang, kawannya merasakan Tok Batin itu hanya mengunakan gear 1 sahaja sepanjang perjalanan. Lalu bertanyalah kawannya tu:

Kawan Tok Batin: Kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
 
Tok Batin: Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
 
Kawan Tok Batin: ????????





PESANAN: Tok Batin sangat marah. Sebab malam  tadi beliau bersengkang mata menonton kekalahan team CHELSEA kesayangannya. Hahahaha.

Monday, April 11, 2011

Jam Cap Ayam

Kamaruzaman telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jam tangannya. Setelah melihat sekali imbas, si pembaiki jam bertanyakan tentang harga jam itu.
 
Tukang jam: Berapa harga awak beli jam ni?" 

Kamaruzaman: Seribu ringgit! Jawabnya dengan penuh keangkuhan di riak wajahnya.
 
Tukang jam: Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?
 
Kamaruzaman: Di sinilah! Jawabnya sambil menyiapkan kekuda untuk sepakan tapak kaki tepat ke muka tukang jam.




PESANAN: Kalau nak kene kekuda macam Kamaruzaman bagi, berani la cakap jam kat atas tu tak ori. Ekeke. Jam hadiah tu beb!

Khabar Gembira Buat Papa

Keputusan ujian peperiksaan penggal pertama sudah pon keluar. Kamaruzaman pulang ke rumah seperti biasa. Dengan muka selamba ayam Kamaruzaman terus menghampiri papanya.   

Kamaruzaman: "Papa, saya ada berita gembira buat Papa!"

Papa: "Wow! berita gembira apa tu?"

Kamaruzaman: "Papa ingat tak wang hadiah RM 1000.00 yang Papa janjikan kalau saya lulus periksa?"  

Papa: "Tentu papa ingat."  

Kamaruzaman: "Kalau begitu, Papa boleh simpan wang itu." 




PESANAN: Jimat duit Papa!

Thursday, April 7, 2011

Mamat Si Langsi & Polis

Pada suatu malam, Mamat Si Langsi menaiki motosikal dan telah ditahan polis. Dia ni kena tahan kerana tak pasang lampu waktu malam di bandar berhampiran rumah dia. Macam-macam alasan dia bagi.

Mamat:
Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa?
 
Polis: La... tak kan tak tau kot. Untuk keselamatan ko la. Siang pon kene nyalakan lampu depan motor ni.
 
Mamat: Oi. Tak nampak ke? Sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu lagi ka?
 
Polis: Hampeh punya budak. Jaga ko! 

Lalu polis tu pun buang angin kat tayar depan dan belakang motorsikal Mamat Si Langsi tu.

Mamat:
Oi! Oi! Apa ni? Gila ke? Macam mane aku nak balik?
 
Polis: La...kan sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka? 





PESANAN: Nama pon Mamat Si Langsi kan? Apedehal beb?

Tumpang Lalu

Alkisah. Satu pagi di stesen keretapi. Seorang makcik bertanya kat petugas kaunter keretapi.
 
Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa?

Petugas: Keretapi dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak sejam lagi sampai lah. Makcik nak pergi mana?
 
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aje. Terima kasih lah anak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang kan? Terima kasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye.

Petugas: ????? 




PESANAN: Kalau berani korang lintas lah. Makcik ni hati kering.

Wednesday, April 6, 2011

Sakit Jiwa

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.


Doktor: Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki: Ya doktor.
Doktor: Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki: Saya ini manusia doktor.
Doktor: Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki: Bukan, saya manusia doktor.
Doktor: Kamu takut dengan ayam?
Lelaki: Tidak doktor.
Doktor: Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki: Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor: Apa dia?
Lelaki: Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor: "?????" 
 
 
 
 
 
 
PESANAN: Nasib baik aku tengah amik Degree Komunikasi. Kalau amik Psychology mau aku jadi gile jugak. 

Atuk & Cucu

Seorang atuk dan cucunya menaiki bas dua tingkat untuk pulang ke kampung setelah lama di kota.
 
Cucu: Marilah atuk kita naik ke tingkat dua. Di atas masih ada banyak tempat duduk.
 
Atuk: Eh...sudah-sudah. Atuk tidak mahu naik, atuk takut.
 
Cucu: Mengapa atuk takut pulak?
 
Atuk: Di tingkat atas tidak ada pemandu!





PESANAN: Lagi bahaya kalau bawak atuk naik LRT. Sebab memang takde pemandu. Haha.

Monday, April 4, 2011

Jimat Punya Pasal

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dan dia hanya ada 70 sen masa tu. 
Pemuda: Mamak berapa harga teh panas dengan sejuk? 
Mamak: Panas 70 sen, sejuk RM1.20.
Pemuda: Bagi teh panas 1.
Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak: Kenapa awak minum cepat sangat? 
Pemuda: Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM1.20.
 
 
PESANAN: Ade kedai mamak MANNUSALWA kat Akasia (NILAI) jual teh O ais baru RM 1.00.

Sunday, April 3, 2011

Wasiat Harta Pusaka

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya  Kamaruzaman pulang ke kampung untuk berjumpa dengan atuknya yang uzur.

Atuk: "Kamaruzaman, atuk sudah tidak kuat lagi, atuk minta kamu sambung mengusahakan kebun atuk..."  

Kamaruzaman: "Jangan cakap macam tu atuk, sedih saya...(padehal dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung, dapat pulak harta pusaka atuk).
 
Atuk: "Dengan ini, segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram dan bubuh baja tiap hari pada tanaman atuk."
 
Kamaruzaman: "Baik atuk, atuk jangan bimbang tentang hal itu ye. Tapi dimana kebun atuk? saya tak pernah tahu pun?"
 
Atuk: "Di Facebook atuk, FARMVILLE, nanti atuk bagi tau passwordnya."  

Kamaruzaman: "?????"





PESANAN: Nasib baik atuk aku dah remove FARMVILLE dalam facebook beliau. Ekeke.

Nenek & Cucu

Seorang nenek membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Maklumlah cucu sulung kesayangan. Ke mana sahaja akan dibawanya bersama. Cucunya bertanya bila melihat neneknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

Cucu: "Nek, buat apa tu?" 

Nenek: "Nek bagi surat kat kawan nenek cu!" jawab nenek selamba. 

Cucu: "Apa bangang sangat kawan nenek duduk dalam tong merah tu?"





PESANAN: Sabarlah dengan karenah cucu korang nanti. Hahaha.

Polis & Penjaga Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, tiba2 diserang strok dan mati. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya.





PESANAN: Nabil memang terbaik poit dalam Maharaja Lawak! Banggo den!