Sunday, January 23, 2011

MemBROGAkan diri.

Bukit Broga. Nama tak indah pon. Tp bile korang berdiri atas puncak baru korang tau indahnya di sebalik nama Broga. Hehe. Pergh! Aku rase entry nih da basi kot. Sebab kitorang daki bukit tuh 9 Januari lepas. Tapi ape ade hal. Belasahkan aje. Haha.

Tepat jam 4.15 pagi alarm dah memekak mcm mati bini. Kitorang kene bgn awal. Sebab masing2 bajet nak tgk matahari terbit. Padehal tak tgk pon matahari terbit. Haaa nak tau kenape? Sila tanya Aidah. Kekeke. 
 
Siyes, Bukit Broga memang bg aku sgt cantek. Tip top. Memang teruja dengan keindahan ciptaan Allah. Bayangkan di atas puncak bukit takde pon pokok2 besar yang tumbuh. Yang ade hanyelah lalang-lalang. Subhanallah. So, korang boleh tgk view Semenyih dari puncak dengan penuh jakun sekali.

Korang tak perlu segagah Malek Noor @ Sazali Samad nak daki bukit nih. Aku yg sekeding ni pon lepas sampai ke puncak bukit kira-kira dlm setengah jam la kot. Setengah jam klu takde sape yang muntah @ pitam la kan. Kekekeke.


Pandangan dari puncak. Best jugak kalau nak bela kambing atas nih.


Pergh! Nasib baik mase nih takde penyokong Garuda (Indonesia) yg nampak aku buat mcm nih. Haha. 



Kami semua berjaya. Anda pula bagaimana? Lihat siapa yg begitu semangat?


Pesanan: Entry kali ni susah sket nak post. Sebab tetikus(mouse) rosak. Tgh syok2 selongkar almari nak cari mouse yg lame. Mak jerit "ko buek apo tuh? Daghi tadi menyelongkar almari jo kojo eh. Apo yg ko carik an? Jawab aku selamba. "Takdo apo mak. Carik tikus". Terus mak blah masuk tido.


Wednesday, January 19, 2011

Orang Asli dan Saman Ekor.


Teringat pulak aku kisah orang asli kene tahan roadblock. Bagi mat rempit songsang arus klu ade roadblock kat depan biase beb. Tapi orang asli bukan mcm tu. Kental je. Ade lesen atau tak mereka tetap tempuh. Yang penting sampai destinasi dituju. 

Motor diorang jgn cakap. Lengkap semua segala. Kekeke. Kalau tanah merah 10 inci tebal kat tayar. Signal motor dah mcm telinga arnab. Terkulai layu. Sportrim depan lain belakang lain. Ini memang cara beb. Korang penah buat? Naik motor pulak kalau boleh nak bonceng 5 orang sekaligus dalam satu masa. Asal boleh je. Yang penting lepas ke pekan nak jual petai.

Tapi yg bagusnye diorang nih tak kacau pengguna jalan raya yg lain. Mat rempit yang lain menyusahkan. Setakat side mirror takde pon nak songsang. Gelabah ayam je klu ade roadblok kat depan. Takut kene urine test lah, takut kene saman lah. Seribu alasan diberikan. Yang penting selamat. Klu dapat lari dari roadblock mereka lah HERO MALAYA. 

AL-KISAH: Sampai kat satu selekoh tajam. Biase lah abang-abang polis kan. Roadblock mesti nak buat lepas pada selekoh tajam. Konon2 orang tak nampak. Kat sini memang ramai lah insan bertuah dapat surat 'tahniah' dari polis. Ade orang asli kene tahan.

POLIS: (dari jauh dah lambai tangan supaya
orang asli naik motor nih berhenti).

ORANG ASLI: (dengan muke selamba terus jalan dengan muatan 6 orang atas motor termasuk anak bini sambil lambai tangan isyarat tak boleh).

POLIS: Terkejut dan terus kejar orang asli tuh. "Kenapa awak tak berhenti masa saya tahan tadi"?

ORANG ASLI: Dengan penuh muka selamba badak menjawab. "Oh. Minta maaf lah Tok. Kalau Tok nak tumpang jugak motor nih memang da tak muat. Sebab dah penuh. Ini pon dah 6 orang." 


PESANAN: Wat De Hel saman ekor? Tak pasal-pasal nama aku naik kene saman ekor. Mana mungkin motor boleh kene speedtrap kat highway. Zalim sgt tuh! Aku kene saman atas no plate motor. Tapi check kat balai polis adalah motokar. Motokar adalah kereta ye. Sila check kat SINI kalau anda insan yang bertuah seperti saya. Kahkah.

Tuesday, January 18, 2011

Bagus jugak ade BELOG.


Manfaat BLOG:

  • Boleh luahkan ape yang terpendam kat hati kot. Kekeke. Blog sendiri kan. So, ape2 je leh luahkan. Jgn sampai kene tahan ISA sudah.
  • Boleh sindir-menyindir. Maybe orang POLITIKus je yg wat mcm nih. Hentam parti sana-sini. Pastu masing2 cite lebat. Bantuan projek akan dapat.
  • Dapat jana pendapatan. (aku dah ade iklan nuffnang beb) tetibe je kan.
  • Boleh jual barang-barang. Mcm2 trend skang. Hatta tayar buruk pon nak jual dlm blog. 
  • Boleh share mcm2 ape yg korang nak share. 
  • Last, boleh biarkan aje laman sesawang korang tuh bersawang-sawang sebab tak update.

PESANAN: Aku suke gile tengok budak gemok pakai baju Real Madrid (putih) dlm video nih. Korang kene play video tuh klu nak tgk. Kalau kaki bola silakan lah. Kesian Real Madrid. Seri pulak.


Friday, January 14, 2011

Coretan artis bukan popular.

Aku bukan macam Siti Nurhaliza. Aku jugak bukan macam Hanis Zalikha. Korang kenal ke tak Hanis Zalikha? Klu tak kenal sila tanya Lebai google. Kahkah. Aku juga bukan mcm F.A yang punyai ramai peminat. Tapi kwn2, makcik2, pakcik2, diorang ckp muke aku nih mcm F.A. (barangkali muke aje kot, badan jauh sekali!). Bukan abg ckp, tapi diorang yg ckp. Hehe. Tapi aku tak kisah dgn sume tu. 
Masalahnye skang, laman sesawang aku nih payah bebenor nak di-updatekan. Cerciter..cerciter..HAHA! Mcm lah busy sgt kan mcm artis2 yg aku sebutkan kat atas tuh. Tp busy gak weyh! Antara sebab musabab utama aku malas nak update blog:
  1. merasakan diri ini tak glamour
  2. mcm takde org nak bace aje (ekekeke)
  3. ramai follower ke blog aku nih? 
  4. rase design blog aku tak cantik. sesape pandai design dan tambah mcm2 segala. tlg lah ajar aku weyh! hehe
  5. buat blog sebab terpaksa. (En. Zainol jgn marah ea). p/s: markah kasi lebih sket.
Anyway, alang-alang dah TERbuat blog nih. Aku pikirin baik teruskan sampai bila2. Mungkin relevan jugak aku buat blog nih. So, dapat jgk  melepaskan apa yg terbenak dalam kotak pemikiranku. Cewah! 



Pesanan: Muke tak same dgn lu pon takpe. Tapi gua nak lengan same besar dengan lu!



Pesanan: Jangan tiru aksi ini. Malu! Kekeke.





mIdLy

Friday, January 7, 2011

::: ALL iz WELL :::


Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera.
Salam 1Malaysia. (kipas sket) kahkah.

Pergh. Teruja aku siot. Pertama kali wat blog. Ni pon kerana terpaksa sebab lec suh wat blog.(Beliau nak kami semua jadi mcm Blogger Boy kot) haha! So, aku terpaksa lah menjadi salah seorang ahli Blogger yg tak berapa handal nak mengarang kejadah sume ni. Subjek ni adalah Subjek Multimedia Journalism. So, kitorang sume diWAJIBKAN okey! Kalau tak wajib la kan, sampai kesudah aku takde blog kot. Haha!

ALL IS WELL! Harapan aku begitulah untuk mase yg akan datang. Mcm mane nak kate ek, Urm..Memule dikejutkan dengan berita Result Sem 5. ALHAMDULILLAH! Nak kate cemerlang sgt pon tidak la kan. Tapi buley laaa. Sem ganjil memang LUCK! (LUCK kerrr???) huhu. Pastu kecoh pasal MUET. Result MUET da kuar! Ada yg meraung, menangis, yg cool saje pon ade, risau tak Convo dan macam-macam hal lagi. Then, ALHAMDULILLAH! aku punye result lepas la mcm ape yg USIM nak kan tuh. (klu tak lepas takleh grad woo!) Kawan-kawan yg tak lepas lagi tuh, harap bersabar, teruskan usaha anda. Igt tak TAGLINE USIM? ("GEMBIRA BERSAMA USIM" katenye!)

p/s: ade ker org nak jadi follower aku? kehkeh. 

mIdLy