Monday, May 23, 2011

Cuti Semester.

Dah 2 minggu aku terperap kat kampung. Alhamdulillah, minggu pertama cuti berjaya meloloskan diri ke Melaka. Kononnya mahu men'supprise'kan birthday salah seorang sahabat. Memang sangat supprise. Argh! Ada balance cuti lagi 4 bulan! Bikin aku panasaran. Panasaran tu ape beb? Ah! Hantam saja lah Labu.

So, tak nak bebel panjang. Straight to the point. Aku nak kerja. Masalahnya, Jelebu ni pekan koboi. Masih mengekalkan tradisi ke'koboi'annya. TESCO? GIANT? MYDIN? JUSCO? Jauh la sekali ada. Macam mana mahu kerja sementara? Tapi bagus juga. Ah! Bagi aku tak bagus. Mungkin secara realitinya sebab faktor kekurangan kapasiti penduduk lagi barangkali.

Mengikut percaturan rancangan peribadi aku. Setelah dikaji dan ditimbang tara. Mungkin kerja-kerja berikut akan menjadi rutin sepanjang cuti semester:


Selagi Mak tak menjerit kat cuping telinga. Aku tak bangun!


Kalau ON DUTY. Terpaksa la aku bertugas. Mau aje aku jual seekor-seekor.


 Yang ni belum cuba lagi. Tapi kalau dah terdesak mau aje aku tarah pokok nih. 


PESANAN: Kalau dah malas tuh. Ape pon tak boleh. Hahaha.

Friday, May 6, 2011

Harapanku


Harapanku...


Agar engkau senantiasa tabah dalam hidup walau diuji dengan pelbagai ujian dan kesakitan....


Anggap ini sudah ketentuan Tuhan...


Agar engkau lebih ketaqwaan dan keimanan...


Semoga engkau cepat sembuh dari segala kesakitan...


Diri ini akan sentiasa jadi peneman...


Tuesday, May 3, 2011

Rahsia 8 Website Yang Perlu Anda Tahu


1. Belajar membaca dengan cepat
Spreeder. Di website ini kita akan diajak untuk membaca lebih cepat, teorinya rata-rata orang mempunyai kemampuan membaca 200 kata seminit. Spreeder akan melatih kita untuk membaca dengan kecepatan 300 kata seminit.


2. Belajar bahasa asing
LiveMocha. Laman ini adalah gabungan social networking dengan kursus bahasa, jadi kita dapat belajar terus dengan orang dari negara asalnya.
Kita boleh chating dengan orang dengan lancar menggunakan bahasa yang ingin kita pelajari contohnya Bahasa Peranchis. Menariknya tulisan kita akan direview oleh orang-orang disana, jika ada kesalahan mereka tidak akan segan membetulkannya.


3. Universiti secara self learning
Lecturefox. Belajar dengan sendiri bererti kita harus membaca rujukan yang banyak dan banyak kelebihannya jika kita mendapatkan rujukan dari Universiti-universiti terkenal.
Di website ini kita boleh membaca, mendengar dan melihat gambar-gambar yang berhubungan dengan universiti seperti MIT, UCLA, Houston Univ, Oxford Univ, dll.
Kebaikannya, selalu ada tugasan dan pelajaran baru yang disubmit ke sini.Jika anda seorang mahasiswa, jangan copy and paste ya.


4. Menaip dengan cepat
RapidTyping adalah website yang menyediakan program untuk kita menaip dengan dengan cepat!
Sebuah sekolah mnaip cepat dimana pelajarnya diberi tutorial dengan cara yang mudah dan menyenangkan. Tidak terbatas pada usia!
Komputer sudah menjadi sebagian dari hidup kebanyakan manusia, secara automatik menaip pun sudah menjadi sebuah kebiasaan.


5. Membuat research
Schoolr didesign sebagai research search engine atau dalam bahasa biasa Search Engine untuk research. Kalau kita menaip sebuah topik, dia akan mencari database dan mengarahkan kita ke Google, Wikipedia, Wolfram Alpha, dan kamus-kamus yang berkaitan dengan research.


6. Menyemak grammar
Bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa international, mahu tidak mahu kita harus belajar bahasa Inggeris. Untuk menterjemah ayat, kita boleh merujuk google translate atau buka kamus. Tapi dalam menulis ramai orang yang membuat kesalahan, terutama grammar.
SpellCheckPlus, website ini akan menyemak apakah tulisan anda sudah ada pada susunan yang tepat atau belum.


7. Gedung ilmu
Wikipedia walaupun sumbernya boleh dipertikaikan dan tidak boleh dijadikan sumber rujukan dalam tugasan budak U kerana ia boleh dimasukkan oleh siapa sahaja tetapi ilmu yang dikongsi di sini kebanyakannya tepat.


8. Laman tutorial script
W3School, kandungan laman ini ialah tutorial programming yang meng”cover” banyak topik yang berkaitan dengan internet (dari HTML sehingga AJAX). Selain tutorial, laman ini juga mengandungi rujukan lengkap (boleh download) dan online Demo untuk tiap subtopik yang dibicarakan. Jadi kita boleh terus dicuba online tanpa memerlukan menggunakan web server.


SUMBER DIAMBIL DARIPADA: BLOG ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN.

Karut Marut


Cerita yang tak sepatutnya korang tahu:


1. Kisah skandal seks DSAI yang semakin hangat kat media. Sampai TV3 pon boleh buat berita lucah. Menayangkan klip video seks tu! Sampai budak-budak kecik pon tahu ape tu liwat, skandal seks. Politik itu jijik!


2. Kisah kematian Osama bin Laden. Pasal kes ni. Aku pon tak tahu nak cakap macam mane. Entah-entah Osama tu pon tak pernah wujud. Hanya propaganda Amerika Dajjal. Tapi kalau beliau betul-betul wujud dan mati. Al-fatihah. Wallahu a'lam.


3. Aku dah nak habis exam! Tinggal satu paper lagi wok! Hahaha. Pastu cuti empat bulan. Cadang nak pergi Korea atau Paris. Kah kah kah.

Sunday, May 1, 2011

Tip Perkahwinan


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

 
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

 
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

 
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

 
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang Malaikat.

 
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

 
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

 
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%.

 
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

 
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

 
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

 
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

 
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


SUMBER DIAMBIL DARIPADA: FACEBOOK USTAZ AZHAR IDRUS (ORIGINAL)


PESANAN: Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan. Amiin.