Thursday, June 23, 2011

Papan Tanda


Cikgu Aiman hairan kenapa Kamaruzaman datang lambat hari tu. Biasanya Kamaruzaman la yang paling awal ke sekolah. Siap boleh naikkan bendera lagi masa perhimpunan. Tapi kali ni lambat pula Kamaruzaman tiba di sekolah.

Cikgu Aiman: "Kamaruzaman kenapa datang lambat?"
Kamaruzaman: "Kerana papan tanda cikgu!"
Cikgu Aiman: "Apa hal pula dengan papan tanda tu?" 
Kamaruzaman: "Cikgu, kan papan tanda tu tulis begini "AWAS! SEKOLAH DI HADAPAN, PANDU PERLAHAN-LAHAN".
 

Monday, June 20, 2011

Perli Baik Punya


Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan yang tak sepatutnya.

Tiba-tiba ayah budak tersebut ternampak akan perbuatan si nenek. Nak berdiam diri, kesian pula pada anaknya. Nak masuk campur, tak berani la pula.

Lalu setiap kali si nenek itu mengayun rotan memukul bontot si cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik bin ajaib, si nenek pon segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

Nenek: "Kenapa engkau menampar muka sendiri?"
 
Ayah: "Anakku telah dipukul orang, dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."



Tuesday, June 14, 2011

Hilang

Lama juga tidak menghupdate kan belog ini. Memang lama sudah~ Banyak perkara yang berlaku pada bulan Jun 2011 kali ini. Tema bulan Jun adalah 'hilang' okeyh. Taknak citer banyak.

  1. Kasut NIKE kesayangan aku lesap dikebas orang. Dah 3 tahun kasut tu setia menemani kaki. Target siapa si pencuri sudah dikenal pasti. Mau aje aku kerahkan anak-anak buah mencari 'beliau'. Gaya ada macam Abang Long kan? Hahaha. Ops! Terlebih sudah~ Nanti kene saman wooo.
  2. Anak kucing aku si 'Lala' pon nak hilang jugak. Yang ni memang misteri. Panggil Uncle Seekers pon belom tentu beliau dapat cari anak kucing aku tuh. Maka kesimpulannya tinggal lah si 'Lulu' bersendirian.
  3. Hilang arah. Aku hilang arah. Bukan sesat weyh. Cuma merasakan diri ini patot melakukan sesuatu yang lebih drastik. Apekah? 

Sebelum berpisah. Jom layan lagu nih. Khas buat pemilik belog ini.

 

PESANAN: korang ingat aku layan citer Cinta Melody ke?