Monday, May 23, 2011

Cuti Semester.

Dah 2 minggu aku terperap kat kampung. Alhamdulillah, minggu pertama cuti berjaya meloloskan diri ke Melaka. Kononnya mahu men'supprise'kan birthday salah seorang sahabat. Memang sangat supprise. Argh! Ada balance cuti lagi 4 bulan! Bikin aku panasaran. Panasaran tu ape beb? Ah! Hantam saja lah Labu.

So, tak nak bebel panjang. Straight to the point. Aku nak kerja. Masalahnya, Jelebu ni pekan koboi. Masih mengekalkan tradisi ke'koboi'annya. TESCO? GIANT? MYDIN? JUSCO? Jauh la sekali ada. Macam mana mahu kerja sementara? Tapi bagus juga. Ah! Bagi aku tak bagus. Mungkin secara realitinya sebab faktor kekurangan kapasiti penduduk lagi barangkali.

Mengikut percaturan rancangan peribadi aku. Setelah dikaji dan ditimbang tara. Mungkin kerja-kerja berikut akan menjadi rutin sepanjang cuti semester:


Selagi Mak tak menjerit kat cuping telinga. Aku tak bangun!


Kalau ON DUTY. Terpaksa la aku bertugas. Mau aje aku jual seekor-seekor.


 Yang ni belum cuba lagi. Tapi kalau dah terdesak mau aje aku tarah pokok nih. 


PESANAN: Kalau dah malas tuh. Ape pon tak boleh. Hahaha.

No comments:

Post a Comment