Friday, May 6, 2011

Harapanku


Harapanku...


Agar engkau senantiasa tabah dalam hidup walau diuji dengan pelbagai ujian dan kesakitan....


Anggap ini sudah ketentuan Tuhan...


Agar engkau lebih ketaqwaan dan keimanan...


Semoga engkau cepat sembuh dari segala kesakitan...


Diri ini akan sentiasa jadi peneman...


Tuesday, May 3, 2011

Rahsia 8 Website Yang Perlu Anda Tahu


1. Belajar membaca dengan cepat
Spreeder. Di website ini kita akan diajak untuk membaca lebih cepat, teorinya rata-rata orang mempunyai kemampuan membaca 200 kata seminit. Spreeder akan melatih kita untuk membaca dengan kecepatan 300 kata seminit.


2. Belajar bahasa asing
LiveMocha. Laman ini adalah gabungan social networking dengan kursus bahasa, jadi kita dapat belajar terus dengan orang dari negara asalnya.
Kita boleh chating dengan orang dengan lancar menggunakan bahasa yang ingin kita pelajari contohnya Bahasa Peranchis. Menariknya tulisan kita akan direview oleh orang-orang disana, jika ada kesalahan mereka tidak akan segan membetulkannya.


3. Universiti secara self learning
Lecturefox. Belajar dengan sendiri bererti kita harus membaca rujukan yang banyak dan banyak kelebihannya jika kita mendapatkan rujukan dari Universiti-universiti terkenal.
Di website ini kita boleh membaca, mendengar dan melihat gambar-gambar yang berhubungan dengan universiti seperti MIT, UCLA, Houston Univ, Oxford Univ, dll.
Kebaikannya, selalu ada tugasan dan pelajaran baru yang disubmit ke sini.Jika anda seorang mahasiswa, jangan copy and paste ya.


4. Menaip dengan cepat
RapidTyping adalah website yang menyediakan program untuk kita menaip dengan dengan cepat!
Sebuah sekolah mnaip cepat dimana pelajarnya diberi tutorial dengan cara yang mudah dan menyenangkan. Tidak terbatas pada usia!
Komputer sudah menjadi sebagian dari hidup kebanyakan manusia, secara automatik menaip pun sudah menjadi sebuah kebiasaan.


5. Membuat research
Schoolr didesign sebagai research search engine atau dalam bahasa biasa Search Engine untuk research. Kalau kita menaip sebuah topik, dia akan mencari database dan mengarahkan kita ke Google, Wikipedia, Wolfram Alpha, dan kamus-kamus yang berkaitan dengan research.


6. Menyemak grammar
Bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa international, mahu tidak mahu kita harus belajar bahasa Inggeris. Untuk menterjemah ayat, kita boleh merujuk google translate atau buka kamus. Tapi dalam menulis ramai orang yang membuat kesalahan, terutama grammar.
SpellCheckPlus, website ini akan menyemak apakah tulisan anda sudah ada pada susunan yang tepat atau belum.


7. Gedung ilmu
Wikipedia walaupun sumbernya boleh dipertikaikan dan tidak boleh dijadikan sumber rujukan dalam tugasan budak U kerana ia boleh dimasukkan oleh siapa sahaja tetapi ilmu yang dikongsi di sini kebanyakannya tepat.


8. Laman tutorial script
W3School, kandungan laman ini ialah tutorial programming yang meng”cover” banyak topik yang berkaitan dengan internet (dari HTML sehingga AJAX). Selain tutorial, laman ini juga mengandungi rujukan lengkap (boleh download) dan online Demo untuk tiap subtopik yang dibicarakan. Jadi kita boleh terus dicuba online tanpa memerlukan menggunakan web server.


SUMBER DIAMBIL DARIPADA: BLOG ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN.

Karut Marut


Cerita yang tak sepatutnya korang tahu:


1. Kisah skandal seks DSAI yang semakin hangat kat media. Sampai TV3 pon boleh buat berita lucah. Menayangkan klip video seks tu! Sampai budak-budak kecik pon tahu ape tu liwat, skandal seks. Politik itu jijik!


2. Kisah kematian Osama bin Laden. Pasal kes ni. Aku pon tak tahu nak cakap macam mane. Entah-entah Osama tu pon tak pernah wujud. Hanya propaganda Amerika Dajjal. Tapi kalau beliau betul-betul wujud dan mati. Al-fatihah. Wallahu a'lam.


3. Aku dah nak habis exam! Tinggal satu paper lagi wok! Hahaha. Pastu cuti empat bulan. Cadang nak pergi Korea atau Paris. Kah kah kah.

Sunday, May 1, 2011

Tip Perkahwinan


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

 
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

 
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

 
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

 
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang Malaikat.

 
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

 
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

 
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%.

 
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

 
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

 
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

 
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

 
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


SUMBER DIAMBIL DARIPADA: FACEBOOK USTAZ AZHAR IDRUS (ORIGINAL)


PESANAN: Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan. Amiin.

Wednesday, April 27, 2011

Memang Pecah Kepala

Soalan Exam Ethics & Protocol siang tadi memang betul-betul menguji kejantanan aku. Pergh! Susah gile siot! Member sebelah boleh ushar jawapan aku. Padehal die kos lain kot. Ke die nak mintak tolong aku? Heh! Den sendiri pon tak terjawab nak tolong ekau pulak yo.

Dah la memang aku tak baca banyak. Soalan essay boleh ade 8 la pulak. Tak pernah dalam sejarah exam aku dapat soalan essay 8. Nak dapat A memang tak boleh la paper nih. Nak lulus tu InsyaAllah. Besok exam lagi. Lusa exam lagi. Tulat? Cuti la poit. Hari Sabtu Mat Bangla pon cuti.

Tuesday, April 26, 2011

Burung Kakak Tua

Satu hari, terlintas di kotak pemikiran Kamaruzaman nak bela burung kakak tua. Entah pasal ape pulak hobi baru itu menjadi keinginan beliau. Mungkin boleh menjadi peneman di kala sunyi. Beliau pon mula mengorak langkah menuju ke kedai burung. Tiba di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua sangat cantik. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satu lagi hanya diam saja. Kamaruzaman pon pelik jugak. Lalu ditanya kepada penjual burung:


Kamaruzaman: Berapa harga burung kakak tua ini?
 
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500. Tapi kalau yang diam itu RM 2000.
 
Kamaruzaman: Aik? Biar betol? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam?
 
Penjual: Haaa! Memang berbeza, yang berharga RM2000 itu ialah pencipta lagunya.  




PESANAN: Jangan kerap bermain dengan burung. Bahaya!


Monday, April 25, 2011

Rabak Lagi

SAMSUNG GALAXY S



iPHONE 4




HTC


Menatang di atas la akan merabakkan duit aku. Entah ape kejadahnya henpon Sony aku button nye rosak. Tapi? Wut da fish? Rosak button je pon. Takkan sampai nak tukar smartphone macam di atas? Kah kah kah. Anda sendiri tahu jawapannya kenapa.



Hangin

Takde ape aku nak merepek kali ni. Cume exam pagi tadi memang bikin aku hangin. Ape yang ditarget tak masuk. Yang masuk tu pulak time aku tak datang kelas. Cuti sakit 3 minggu. Now, Tawakal saja pada Allah. 


Sikit lagi nak mengamuk macam ni pagi tadi dalam dewan exam.

Sunday, April 24, 2011

Pecah Kepala

Idea takde der. Minggu ni straight aku exam. Isnin-Jumaat. Tak pernah lagi aku exam straight tiap-tiap hari kat USIM ni. Sem ni nak try. Ade syok ke tak syok. Kalau tak syok memang aku nak 'gegar' Canselori. Kasi buat jadual exam cantik sikit. Heh. 

By the way, mungkin ini post last aku dalam dua minggu nih. Harap doa dari kalian. Agar aku senantiasa beroleh kejayaan. Kemaafaan aku pinta jika ada salah silap.


Korang ingat aku macam ni ke? Sorry la beb.


Aku sikit lagi nak jadi macam mamat nih. Tensen beb!

Sunday, April 17, 2011

Wanita

Sekadar berkongsi pandangan dan juga peringatan. Atas sifat kasih sesama insan. Hanya untuk memberi teguran. Kepada yang memerlukan. Jangan sampai naik kaki dan tangan. Tapi cukuplah mulut yang jalan. Aku dah siap iklan kat bawah, tepi belah kanan. Pandai-pandai la korang pikirkan. Kalau tak takut pada azab Tuhan. Yang penting LINK ini ditujukan khas untuk makhluk Tuhan yang berjantina perempuan. Yang berkenaan sila ambil perhatian. Sekadar peringatan buat kalian. Terima kasih diucapkan.


PESANAN: Semoga Allah merahmati kalian. Doakan saya nak exam pada hujung bulan!